PUTRAJAYA: Hampir lima juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes ketika ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
"Beberapa tinjauan kesedaran ke atas 5,000 orang awam mendapati 76 peratus responden tidak pernah disaring. Sememangnya kita memang cuba untuk mengurangkan (pesakit) melalui saringan yang kita lakukan, disitulah kita dapat memberikan rawatan serta khidmat nasihat kepada mereka agar mengubah gaya hidup," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kempen Promosi Saringan, Diagnosis dan Pengurusan Pradiabetes untuk Mencegah Perkembangan Diabetes Melitus Jenis 2 anjuran program "Stand Against Prediabetes" (SAPd).
Lukanisman juga berkata penyakit itu merangkumi hampir 50 peratus kos rawatan iaitu hampir RM4 bilion yang digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui peruntukan tahunan kementerian itu.
Beliau berkata tahun ini juga, KKM memberikan fokus untuk melakukan pelbagai aktiviti gaya hidup seperti Bulan Malaysia Sihat pada September ini.
Bertemakan 'Check, Confirm, Consult and Change', atau 'Saring, Sahkan, Runding dan Ubah', kempen itu bertujuan mendidik dan menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan risiko peribadi mereka, menjalani ujian saringan dan bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dalam menguruskan pradiabetes.
Sementara itu, Pengerusi SAPd Profesor Emeritus Dr Chan Siew Pheng berkata menjelang akhir Mei ini, SAPd akan berusaha mendapatkan kerjasama daripada 700 farmasi komuniti di seluruh negara untuk menyediakan ujian glukosa darah tusukan jari secara percuma, sumbangan Roche Diagnostics.
"Ujian tusukan jari tidak dapat mengesahkan sama ada anda menghidap pradiabetes atau tidak. Oleh itu, jika keputusan anda menunjukkan paras glukosa darah lebih tinggi daripada normal, anda perlu menjalani ujian darah yang betul di makmal, klinik atau hospital," katanya.
Chan turut berkata dengan pengetahuan dan sokongan yang betul, individu boleh mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan mereka dan mengurangkan risiko menghidap diabetes.
"Perubahan yang kecil dalam gaya hidup boleh membawa kepada peningkatan yang ketara dalam kesihatan. SAPd menggalakkan orang ramai untuk menggunakan penyemak risiko dalam talian di laman web SAPd (https://standagainstprediabetes.my/)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.